Saturday, March 15, 2014

MISTERI : Doakan MH370



Pada 8hb Mac tahun 2014 seluruh dunia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370 penerbangan dari KLIA, Malaysia ke Beijing,China pada jam 12.40pagi dan dijangka tiba ke destinasi pada jam 6.00pagi...namun pesawat tiba-tiba hilang dari radar tanpa dapat dikesan.





Disaat entri ini ditulis operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan lagi. Beberapa negara telah datang membantu operasi pencarian yang sudah hari yang ke -8. 


Juruterbang yang menerbangkan pesawat MH370 pada masa itu adalah Kapten Zaharie Ahmad Shah (R), 53tahun dan dibantu oleh juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27tahun. Mereka merupakan juruterbang yang terbaik dari segi kemahiran dan pengalaman mengendalikan pesawat tercanggih didunia Boeing 777-2H6(ER) reg.number 9M-MRO.


Berbagai-bagai spekulasi terdengar semenjak kehilangan pesawat MH370 ini. Terbaru hari ini 15/3/2014 dinyatakan pesawat MH370 dirampas!!! aduhh...ngeri rasanya mengenangkan nyawa para penumpang dan cabin crew termasuk 2orang baby dalam kapal terbang tu sedihnya :(

Walau bagaimanapun misteri kehilangan pesawat mh370 ini masih belum terungkai lagi.

Harapan semua semoga pesawat MH370 ditemui segera dan semoga para penumpang dan semua cabin crew selamat. Amin ya RAbb.