Thursday, May 8, 2014

Kenyataan hidup orang kita.


Hari ni nak share tentang penggunaan income kita setiap bulan..cukup ke tidak. ok i ambil contoh seorang yang masih bujang bergaji Rm2500 sebulan. kemanakah perginya income tersebut ada hasil atau sekadar untuk teruskan hidup saja...

Gaji RM2500 sebulan...

-Ccm bulanan kereta kancil/viva, myvi, kelisa dan seangkatan = rm500
-Sewa rumah area shah alam,klang,subang,kl dll. = rm450 minima!!
-Untuk bil telefon/prepaid rm100, bil letrik + bil air rm150 = rm250 (iye ke bil tepon 100 je...iye ke bil letrik dan air rm150 je...so ini ambil yg paling minima)

Total setakat nih penggunaan dah RM1200, BAKI RM1300.

RM1300 / 30 hari = rm43.30 sehari

-RM43.30 sehari = sarapan rm5, Lunch rm10, minum petang rm5, diner rm10 = rm30.
-Minyak kereta rm10
-Tol rm3.30. 

HABISSSSSS! Mana untuk SAVING/SIMPANAN ??? TAK ADA!


reenkhalid

*INI ADALAH PENGIRAAN YANG PALING MINIMA. Kenyataannya selalu takde macam ni. Minggu terakhir setiap bulan...duit dah habis licin. Sesi pinjam duit kawan pun bermula. Kalau boleh pinjam takpa, kalau tak macam mana? pegi pinjam kat parent plak...kalau ada parents , yang takda parents HOW??

Bagaimana nak survive hidup, apa lagi hidup dibandar besar...

INI belum masuk lagi ...

-minum2 dengan kawan/ medang, tengok wayang, tengok bola live, belanja awek ke.
-teringin juga rasa sekali sekala nak shoping baju, kasut or makan tempat special sikit.
-so tak bagi mak ayah kat kampung ke? tak bagi adik2 yang masih sekolah kat kampung ke? kalau ada kenduri or kecemasan takkan tak keluar duit...tolong-tolong sket.
-yang perempuan pula...nak juga beli mekap, pad tiap bulan, pencuci itu ini. Itu belum lagi kalau Mall ada buat SALE! takkan tengok je kawan2 shoping...huhuu...sakit hati tau! Takkan tak shoping seumur hidup..
-Insurance lagi...ada ke takde.

TOTAL  = RM -0.00.

Sedih tak ?... ada rasa tak ?... sakit tak rasanye ?... ni 2bulan lagi nak Ramadhan dan Syawal. Lagi Raya nanti banyak guna duit tuk diri sendiri, keluarga. Tentulah nak shoping bagai kan. Tak dapat beli 2pasang baju raya or kasut raya dapat sepasangpun jadi lah . Mana nak bagi duit raya kat anak2 sedara lagi. Kannnn...
Ini kisah si bujang...kalau dah kahwin..kene hantar anak ke nursery lagi...maunya gaduh laki bini tiap2 bulan..duh.
reenkhalid
Nak muke macam ni ke ?

kalau hidup tak lama ok kot...kalau hidup sampai 70tahun...huhh
harga barang makin tahun bertambah naik dan mahal...keperluan tahun 80an dulu tak sama dengan sekarang . Dulu RM50 cukup tuk makan sedap sebulan. Sekarang rm50 tuk seminggu je. Ala kadar je pun. makan KFC pun dah habis rm50 sekali duduk. 

tu belum lagi kalau masuk Hospital ke..nauzubillah minzalik. Nak bayar dengan apa? malu tak kalau asyik nak pinjam duit orang je...maluuuu sangat okey!

Bayangkan lah...gaji pendatang dengan izin or pendatang haram kat Malaysia ni...contohnye Bibik paling rendah rm500 (sekarang nak rm800 kan) rasanya dia lagi dapat GAJI BERSIH RM500 tu sebab tempat tinggal ada, makan tanggung, perubatan,air mandi dia kita yang bayar, boleh nonton tifi/tv lagi tau dengan selesa dan tanpa rasa bersalah sebab tak fikir nak bayar bil letrik...sapa yang kluar duit KITA juga kan. ni bagi yang berkahwin lah. Kene lagi income dari seorang je..sakit you!

Kita masih hidup selesa ke...tak nak buat apa2 lagi...masih selesa bergolek depan tv bersenang lenang...sedangkan peluang sentiasa ada...Allahswt tak pernah sekat rezeki manusia..kita kene cari dan pergi jemput rezeki kita sendiri..dimana saja dan bila2 saja.

Takda siapa dapat merubah nasib diri kita kecuali diri kita sendiri. 

Renungkan dan fikir dalam2. 


Love,
Reen Khalid.